HOME  
   
  NEWS

ADABI TAJA BAJU PETUGAS GP JORAN
Khamis, 19 Februari 2009
Berita Harian


RAWANG: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi), meneruskan komitmen terhadap penganjuran Karnival GP Joran anjuran Berita Harian apabila menaja 80 helai kemeja urus setia pertandingan memancing berprestij itu, pada tahun ini.

Penyerahan tajaan itu disempurnakan Pengarah Urusan Adabi, Dato Syed Manshor Syed Mahmood, kepada Pengarah Joran/Projek Khas, Kamal Ahmad, di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Promosi dan Perhubungan Awam Adabi Chef Raman Abu Samah; serta Eksekutif Promosi dan Perhubungan Awamnya, Norol Liza Zainol Abidin.

Syed Manshor berkata, Adabi gembira dapat bekerjasama menjadi rakan penaja GP Joran sejak mula penganjurannya 12 tahun lalu. Sepanjang tempoh itu, syarikat berkenaan menaja pelbagai produk keluarannya untuk peserta selain hamper kepada pemenang.

Sementara itu, Chef Raman berkata, penajaan kemeja korporat itu adalah sempena Jubli Perak penubuhan Adabi sebagai syarikat pengeluar produk makanan berasaskan herba halal terunggul di negara ini sejak 25 tahun lalu.

“Penyertaan Adabi dalam Karnival GP Joran adalah sebahagian daripada aktiviti mempopularkan lagi jenama Adabi di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kita mahu jenama Adabi ini sinonim dengan pengguna terutama yang berkaitan dengan rempah ratus dan makanan harian masyarakat negara ini.
 

 

Syed Manshor (tengah) menyerahkan baju tajaan Adabi untuk petugas GP Joran kepada Kamal di pejabat syarikat itu di Rawang, semalam. Turut hadir Chef Rahman.

 

"Dengan menaja kemeja korporat untuk dipakai urus setia pada pertandingan GP Joran 2009, kami sebenarnya mahu berkongsi kemeriahan sempena Jubli Perak Penubuhan Adabi," katanya.


 
   
   
   
 
  Home | Contact Us | Faq | Site Map
Copyright © 2000 - 2008 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Click here for Legal/Privacy Policy applicable to this site.